Friday, January 14, 2011

Indonesia takut ancaman Malaysia




INDONESIA berwaspada dengan kemampuan Malaysia, Thailand dan Vietnam untuk menghancurkan hasrat negara tuan rumah itu muncul juara keseluruhan Sukan SEA ke-26 pada tahun ini.
Menurut laporan akhbar Jakarta Post, pegawai sukan Indonesia sangsi dengan pe- luang negara itu mencapai impian tersebut kerana mereka belum memulakan program latihan kebangsaan.
Temasya sukan dwitahunan itu akan berlangsung dari 11 hingga 20 November di Jakarta dan Palembang.
Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (INASOC), Abdul Rauf berkata, negara itu perlu menang 170 pingat emas memandangkan pencabar terdekat, Thailand, mungkin merangkul kira-kira 150 emas.
"Kita perlu sentiasa sedar bahawa lawan kita bersedia secukupnya dalam melatih atlet masing-masing. Selain Thailand, kita juga ada Vietnam dan kemungkinan negara kuasa baru iaitu Malaysia," kata Abdul Rauf seperti yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan.
Akhbar itu turut menjelaskan, kerajaan Indonesia telah memperuntukkan Rp400 bilion (RM134.56 juta) untuk program pembangunan atlet bagi tahun 2011 manakala INASOC belum mengumumkan bajet kese- luruhan penganjuran temasya sukan itu.
Kali terakhir Indonesia muncul juara keseluruhan Sukan SEA dengan mengumpul 194 pingat emas apabila negara itu menjadi tuan rumah pada 1997 di Jakarta.
Pada edisi di Laos, dua tahun lepas, Thailand muncul juara keseluruhan dengan mengumpul 86 pingat emas diikuti Vietnam (83), Indonesia (43) dan Malaysia (40).
Presiden Majlis Sukan Negara Indonesia (KONI), Rita Subowo, dijadual mengumumkan jumlah rasmi acara sukan yang dipertanding- kan pada Sukan SEA 2011, Rabu depan.
Edisi sukan itu dijangka menampilkan 43 jenis sukan dengan kemungkinan 577 acara, menjadikan temasya sukan paling besar di ran- tau Asia Tenggara sejak dekad lepas.
INASOC telah menyasarkan 170 pingat emas iaitu sasaran yang lebih tinggi berban- ding 145 emas yang disasarkan oleh Kemen- terian Belia dan Sukan.
Sebelum ini, ketua Program Emas Indo- nesia (PRIMA) iaitu program latihan kebangsaan, Tono Suratman, optimis dengan sasaran 145 pingat emas.
Satu mesyuarat dengan 42 persatuan sukan di negara itu mendapati setiap persa- tuan menyasarkan purata tiga emas dan ini bermakna kontinjen negara itu hanya mampu meraih kira-kira 126 pingat emas.
"Dengan anggaran itu, adalah sukar untuk mencapai sasaran kami," kata Tono.
Dalam pada itu, seorang pegawai kementerian, Pjoko Irianto berkata, sekiranya Indo- nesia menampilkan banyak acara yang mereka tidak kuat, maka tuan rumah hanya me- lepaskan butir emas kepada pihak lawan.
Menurutnya negara itu telah mengurangkan bilangan acara yang dicadangkan kepada 504 daripada 577 yang meliputi 43 jenis sukan.
"Indonesia perlu menang sekurang-kurangnya 196 emas dalam 577 acara supaya memperoleh 34 peratus jumlah emas yang ditawarkan atau 171 butir emas dalam 504 acara

0 comments:

Post a Comment