Tuesday, June 29, 2010

Apakah Nasib Lelaki Kacak ini

Sejak mingu lalu, isu penyebaran video seks membabitkan pelakon `mirip' tiga nama popular Indonesia, Ariel Peterpan, kekasihnya Luna Maya dan bekas kekasih, Cut Tari menjadi topik paling hangat dalam industri infotainment Indonesia. Di Malaysia juga hangat kerana Ariel dan Peterpan sangat popular di sini.

Dengan pantas video tersebut tersebar dengan aplikasi teknologi komunikasi yang semakin canggih. Di hujung jari sahaja video dan foto pelakon-pelakon tersebut tersebar. Ia memberi kejutan dan media di Indonesia membuat liputan dari pelbagai sudut.
Mereka tidak tampil membuat lapuran sebaliknya pihak lain yang memanjangkan perkara itu dengan membuat laporan sehingga pihak berkuasa memutuskan untuk mendapatkan keterangan mereka berkaitan penyebaran video hot itu. Ketiga-tiga mereka bagaimanapun menafikan terlibat.

Stesen televisyen di Indonesia sememangnya ghairah apabila ada isu sedemikian. Mereka berusaha sehingga disiarkan oleh segelintir artis popular sebagai terlampau. Program hiburan banyak sekali di saluran TV Indonesia. Malah seawal pukul 6.00 pagi sudah ada segmen gosip.
PEMINAT WANITA MEMUJA ARIEL YANG ADA DAYA PEMIKAT.

Luna Maya antara selebriti yang pernah menghadapi masalah dengan media di Indonesia malah pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak baik terhadap media. Hari ini model dan pengacara cantik itu  menjadi buruan media di negaranya selepas isu video seks yang dikatakan membaitkan dirinya.

Keghairahan media membongkar isu video itu membuatkan pihak berkuasa terpaksa memberikan amaran. Alasannya mahu menghalang penonton muda (kanak-kanak) daripada melihatnya serta menjaga privasi orang yang terlibat.

“Kami telah mengeluarkan amaran kepada stesen TV yang menyiarkan klip video lucah itu sama ada untuk segmen berita atau hiburan," kata Naib Pengerusi Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI), Nina Mutmainnah Armando kepada media.

Mereka mengeluarkan amaran setelah menerima rungutan daripada orang ramai. Beliau mengakui pihak suruhanjaya menerima banyak mesej dan panggilan berkaitannya. Undang-undang penyiaran tidak membenarkan klip lucah disiarkan di TV.

Apa tindakan?

Ekoran penyebaran video yang dipercayai rakaman menggunakan telefon bimbit itu, pihak polis akan memanggil ketiga-tiga mereka untuk memberi keterangan dalam masa terdekat. Demikian menurut Ketua Polis, General Ito Sumardi.

“Kami perlu bertanya mereka untuk mendapatkan maklumat siapakah orang yang bertanggungjawab mengedarkannya," kata beliau.

Pembikin dan pengedar boleh didakwa di bawah Undang-undang Pornografi 2008 dan Undang-undang Internet 2008 yang kedua-duannya boleh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.

Sementara itu kontrak Luna Maya sebagai duta sabun kecantikan Lux telah ditamatkan. Poster gergasi yang menampilkan Luna dan Ariel di kota-kota besar diturunkan ekoran penamatan kontrak tersebut. Kempen Lux diganti dengan model luar negara.

“PT Unilever Indonesia menurunkan billboard yang menampilkan Luna dan Ariel di kot
JAM YANG DIPAKAI KELIHATAN SAMA DENGAN LELAKI DALAM VIDEO HOT.
a besar," kata Ketua Promosi Unilever, Maria Dewantini Dwianto kepada agensi berita Antara.
Banyak juga protes yang diterima oleh pihak berkuasa terhadap isu tersebut. Antaranya Datuk Bandar Makassar, Ilham Arief Sirajuddin yang mahu memulaukan Ariel daipada mengadakan konsert di wilayah itu sekiranya terbukti pelakon lelaki dalam klip tersebut ialah Ariel.

Luna juga duta Program Makanan Sedunia Bangsa-bangsa Bersatu. Cut Tari pula menghiasi kempen pendingin hawa jenama Sharp. Bagaimana kedudukan mereka? Apakah masa depan mereka dalam bidang seni bakal suram selepas isu ini?

Berapa lama mahu pulih?

Seorang artis Malaysia pernah melalui episod duka apabila rakaman video serupa beredar selepas beberapa tahun. Memang artis tersebut melalui episod duka. Kehilangan pekerjaan dan malu berdepan masyarakat. Malah rumah tangga juga menghadapi bencana.

Dia mengambil masa yang lama untuk membaiki reputasi dan akhirnya terpaksa kembali semula ke dunia seni kerana itulah pekerjaan utamanya. Agaknya kerana telah lama menghilang, ada yang pejam mata sahaja. Apatah lagi beliau sudah rasa hukuman di atas kesilapan yang dilakukan semasa berdarah muda.

Mungkinkan mereka juga akan melalui pengalaman sama selepas ini? Kalau diberi tempoh lima tahun untuk Ariel menyepikan diri dan kembali semula selepas itu, agaknya payah sekali untuk dapat perhatian. Dalam tempoh lima tahun, pelbagaai perkara berlaku dan pastinya banyak kumpulan muzik baru yang muncul.

Sekarang pun semakin banyak band yang diterima peminat dan Peterpan bukan lagi band No.1 di Indonesia. Kalau Peterpan terpaksa menyepi gara-gara kes tersebut, mungkin ia bakal mengundang padah kepada mereka.

Kalau masih mahu teruskan perjuangan Ariel mestilah tebalkan muka berdepan masyarakat. Dan sekiranya benar lelaki hebat di ranjang itu dirinya, Ariel patut tampil memohon maaf secara terbuka kepada peminat yang tersinggung dengan apa yang dilakukan.

Samalah dengan insiden yang berlaku ke atas pelakon Hong Kong, Edison Chen dulu yang hangat apabila terbongkar foto aksi seks dengan beberapa pelakon wanita. Setelah sekian lama menghilang, akhirnya beliau tampil dan memohon maaf kepada peminat dan artis wanita yang pernah ada skandal dengannya. Sekarang kerjayanya kembali pulih.
ADAKAH MEREKA SUDAH BERNIKAH?

Harus diingat, beliau berada dalam budaya berbeza. Ariel seorang penyanyi beragama Islam yang tinggal dalam sebuah negara yang ramai penganut Islam. Sensitivitinya pasti berbeza. Apatah lagi selama ini peminatnya tergolong dalam pelbagai lapisan masyarakat.

Ariel pernah membuatkan peminat merusuh semasa mengadakan konsert. Apatah lagi beliau gemar membuka baju selepas kepanasan di atas pentas. Aksinya itu membuatkan peminat wanita terpekik-terlolong memanggil-manggil namanya.

Adakah lagi teriakan seperti itu sekiranya Ariel mengadakan konsert selepas ini? Maklum saja `Ariel' sudah buka semuanya dalam video hangat tersebut.